Trump desak Biden jalani ujian dadah

WASHINGTON, 28 SEPT – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendesak pesaingnya daripada Parti Demokrat, Joe Biden menjalani ujian saringan dadah menjelang debat pertama yang menyaksikan kedua-duanya bersemuka buat julung kalinya dalam kempen pilihan raya presiden kali ini.

Debat yang dijadualkan berlangsung esok itu dibuat ketika Biden tidak berpuas hati kerana Trump meletakkan calon pilihannya, Hakim Amy Coney Barrett bagi menggantikan Ruth Bader Ginsburg di Mahkamah Agung AS dan isu itu dijangka menjadikan kempen kali ini lebih sengit.

Buat pertama kali, jutaan rakyat AS dapat menyaksikan dua musuh politik yang selalu bertelagah muncul di televisyen selepas berbulan-bulan melancarkan perang politik.

Trump yang dilihat ketinggalan dalam kempen pemilihan menyindir Biden kerana prestasi yang makin memberangsangkan.

“Saya sangat berharap ujian saringan dadah dilakukan terhadap Joe Biden sebelum atau selepas acara debat pada malam esok. – AFP