Trump diramal letak jawatan

WASHINGTON, 18 Ogos – Penulis hantu yang menghasilkan memoir ‘The Art of the Deal’ Donald Trump pada tahun 1987 menganggap presiden Amerika Syarikat itu bakal mengangkat bendera putih sebelum akhir penggalnya.

Penulis Tony Schwartz berkicau di Twitter bahawa ‘Trump akan meletak jawatan’ sebelum para penyiasat memulakan siastan dakwaan hubungan di antara pasukan kempen Republikan dan Rusia sekali gus ‘membiarkan beliau tiada pilihan’.

“Trump akan mengisytiharkan kemenangan tetapi meletak jawatan sebelum Mueller dan kongres mengepungya sehingga tiada pilihan,” kata penulis itu.

“Tempoh Presiden Trump telah berakhir,” katanya di Twitter lagi. “Sesuatu yang benar-benar dikagumi sekiranya dia bertahan sehingga hujung tahun ini. Mungkin dia akan meletak jawatan menjelang musim luruh, jika bukan lebih awal.”

Penunjuk perasaan anti-Trump melancarkan rapat umum di Los Angeles kelmarin sebagai menyokong gesaan anggota Kongres Demokrat, Brad Sherman agar presiden AS itu didakwa. – AFP
Penunjuk perasaan anti-Trump melancarkan rapat umum di Los Angeles kelmarin sebagai menyokong gesaan anggota Kongres Demokrat, Brad Sherman agar presiden AS itu didakwa. – AFP

Semasa menulis memoir Trump yang paling laris itu, Schwartz menghabiskan masa selama 18 bulan dengan jutawan hartanah itu.

Beliau pada tahun lalu menentang mogul harta tanah itu semasa kempen presiden sambil memberitahu majalah The New Yorker bahawa Trump akan merosakkan segala-galanya.

“Saya rasa menyesal menyumbang kepada pendedahan Trump dengan cara menjadikan beliau mendapat lebih perhatian dan lebih menarik berbanding apa yang sebenarnya.” – AFP