Wednesday, December 7, 2022
24.6 C
Brunei

-

Trump ikrar desak China selesai isu Korea Utara

WASHINGTON, 30 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, lantang mengeluarkan amaran tidak lagi membenarkan China berdiam diri dalam isu Korea Utara, selepas Pyongyang melancarkan ujian peluru berpandu antara benua (ICBM) baru-baru ini.

Menerusi laman sosial Twitter, Trump memuat naik dua mesej mengkritik kesukaran menjalankan hubungan perdagangan dengan kuasa gergasi Asia itu terutama apabila membabitkan isu Korea Utara.

Katanya, ia ditambah selepas Korea Selatan mengesahkan ia mempercepatkan pemasangan sistem pertahanan antipeluru berpandu (THAAD) AS hingga menimbulkan rasa kurang senang China.

“Saya sangat kecewa dengan China. Bekas pemimpin kita membenarkan mereka mengaut untung ratusan bilion dolar menerusi perdagangan setiap tahun, sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa untuk kita berhubung Korea Utara, hanya bercakap.

“Kita tidak akan membiarkan ia berterusan. China dengan mudah boleh menyelesaikan masalah ini,” kata Trump.

Orang ramai menonton liputan ujian peluru berpandu ICBM yang dipaparkan di skrin di dataran awam di Pyongyang pada 29 Julai 2017. Trump lantang mengeluarkan amaran tidak lagi membenarkan China berdiam diri dalam isu Korea Utara, selepas Pyongyang melancarkan ujian peluru berpandu antara benua (ICBM) baru-baru ini. – AFP
Orang ramai menonton liputan ujian peluru berpandu ICBM yang dipaparkan di skrin di dataran awam di Pyongyang pada 29 Julai 2017. Trump lantang mengeluarkan amaran tidak lagi membenarkan China berdiam diri dalam isu Korea Utara, selepas Pyongyang melancarkan ujian peluru berpandu antara benua (ICBM) baru-baru ini. – AFP

Pada masa sama, Trump berikrar mengambil langkah keselamatan perlu untuk melindungi bumi Amerika dan sekutunya serantaunya.

Pengebom strategik AS melintasi Semenanjung Korea dengan menunjukkan kekuatan sebagai tindak balas kepada peluru berpandu balistik intercontinental terkini Pyongyang, kata pegawai Amerika pada hari Sabtu.

Pengebom B-1B AS bersama jet pejuang dari pasukan udara Korea Selatan dan Jepun telah mengambil bahagian dalam misi dua hala selama 10 jam, berlatih memintas dan latihan pembentukan.

Ianya adalah latihan ICBM kedua Pyongyang bulan ini lewat Jumaat, dengan Kim Jong-Un mengatakan langkah itu menunjukkan keupayaan negara untuk menyerang sasaran di Amerika Syarikat.

“Korea Utara tetap menjadi ancaman yang paling mendesak untuk kestabilan serantau,” kata Ketua Komander Angkatan Tentera Udara, General Terrence O’Shaughnessy, dalam satu kenyataan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penghormatan buat Jiang Zemin

BEIJING, 6 DIS – Siren kedengaran di seluruh China hari ini ketika Parti Komunis mengadakan perkabungan bekas pemimpin, Jiang Zemin, memberi penghormatan kepadanya sebagai...
- Advertisment -