Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Trump intai jawatan Presiden AS

    WASHINGTON, 7 OGOS – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sekali lagi memberi bayangan bahawa beliau bercadang untuk bertanding semula jawatan presiden pada 2024.

    “Saya selalu melakukan apa-apa perkara dua kali. Saya menang dua kali dan akan melakukan lebih baik pada kali kedua serta mendapat berjuta-juta undi berbanding pada 2016 dan memperoleh lebih banyak undi berbanding mana-mana presiden dalam sejarah negara kita setakat ini,” kata Trump pada Persidangan Tindakan Politik Konservatif (CPAC) di Dallas, Texas pada Sabtu, sambil menambah ‘kini kita mungkin perlu melakukannya sekali lagi’.

    Bulan lalu, Trump memberitahu New York Magazine bahawa beliau yakin boleh memenangi pilihan raya presiden 2024 jika memilih untuk bertanding semula. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...