Trump: Jangan ugut AS

WASHINGTON, 20 Mei – Presiden Donald Trump mengeluarkan satu amaran kepada Iran semalam, mencadangkan sekiranya republik Iran itu menyerang kepentingan Amerika, ia akan dimusnahkan.

“Jika Iran mahu berperang, ia akan menandakan kemusnahan Iran. Jangan mengugut Amerika Syarikat lagi,” kata Trump dalam satu tweet.

Ketegangan di antara Washington dan Tehran telah meningkat apabila Amerika Syarikat menghantar kumpulan kapal induk pesawat udara dan pesawat pengebom B-52 ke Teluk disebabkan apa yang diistilahnya sebagai ‘ancaman’ Iran. Penjelasan ini telah diragui oleh negara di luar Amerika Syarikat.

Rumah Putih telah mengeluarkan isyarat bercampur dalam beberapa hari ini, di tengah media AS yang melaporkan pertengkaran dalam kabinet Trump berhubung betapa sukar untuk menentang musuh ketat Washington, Iran.

Pentadbiran Trump telah mengarahkan kakitangan diplomatik keluar dari Iraq, memetik ancaman daripada kumpulan bersenjata Iraq, dan menghantar kapal induk pesawat udara dan pesawat pengebom B-52 ke rantau itu.

Menteri luar Iran tidak mengheboh prospek perang baharu di rantau pada Sabtu, berkata Tehran tidak bersetuju dan tidak ada pihak yang mempunyai ‘tanggapan’ baha-wa republik Islam itu boleh dicabar.

“Kami yakin tidak adanya peperangan memandangkan kami tidak mahu berperang serta tidak ada sesiapa yang mempunyai tanggapan bahawa mereka boleh mencabar Iran di rantau,” beritahu Mohammad Javad Zarif kepada agensi berita IRNA pada akhir lawatan beliau ke China.

Hubungan Iran-AS mencecah tahap rendah pada tahun lalu apabila Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 dan mengenakan semula sekatan yang telah dibatalkan sebagai tukaran untuk Tehran mengurangkan program nuklearnya. – AFP

Gambar bertarikh 19 Mei 2019 yang dikeluarkan oleh Tentera Laut AS menunjukkan kelasi yang mengambil bahagian dalam objek asing dan serpihan berjalan di atas dek kapal induk pesawat udara kelas Nimitz USS Abraham Lincoln di Laut Arab. – AP