Trump janji batalkan perjanjian nuklear Iran

WASHINGTON, 18 Julai – Donald Trump berundur dari kempen yang berjanji akan membatalkan perjanjian keselamatan nuklear dengan Iran, dengan para pegawai mengumumkan perjanjian itu dan pembatalan sekatan berkaitan akan kekal buat masa sekarang.

Pentadbiran Trump berdepan had akhir kongres baru semalam untuk menyatakan sama ada Iran telah membendung program senjata nuklearnya sejajar dengan perjanjian. Di bawah syarat perjanjian dua tahun, Tehran telah mengurangkan penghasilan bahan peluru nuklear bagi mendapatkan pembatalan sekatan besar.

“Syarat itu menurut seorang pegawai Rumah Putih yang merahsiakan identitinya ‘telah dipenuhi, berdasarkan maklumat yang diberikan kepada AS.”

Perjanjian 2015 itu berdasarkan siri-siri tanda aras teknikal dan Washington menganggapnya cara mengelak tindakan ketenteraan untuk menghalang Iran dari mendapatkan bahan nuklear. Namun ia tidak melegakan ketegangan antara Tehran dan Washington yang terus bertelingkah terutamanya berhubung konflik-konflik di Timur Tengah seperti Syria dan Yaman, yang mana militia-militia yang disokong Iran berpengaruh.

Pada lawatan beliau pada Mei lalu ke Arab Saudi yang diperintah oleh pihak Sunni, Trump menggesa semua negara supaya ‘memencilkan’ Iran Syiah.

Pada kempen pilihan raya beliau, Trump menyelar perjanjian itu – yang dicapai di bawah bekas presiden Barack Obama dan berjanji merundingkannya semula. – AFP