Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump janji mulakan rundingan perdagangan dengan Mexico, Kanada

    WASHINGTON, 23 Jan – Presiden AS Donald Trump berjanji semalam akan memulakan rundingan semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara pada rundingan akan datang dengan pemimpin Mexico dan Kanada.

    “Kami akan bertemu dengan perdana menteri Kanada dan kami akan bertemu dengan presiden Mexico, yang saya kenali, dan kami akan memulakan perbincangan yang mempunyai kaitan dengan NAFTA,” kata Trump ketika menyampaikan ucapan kepada kakitangan Rumah Putih pada hari kedua beliau menjadi presiden.

    Trump akan menerima rakan sejawatan Mexico Enrique Pena Nieto pada 31 Januari. Tidak ada tarikh yang telah diberikan untuk pertemuan dengan perdana menteri Kanada Justin Trudeau, namun ia dijangka ‘tidak lama lag,’ menurut satu kenyataan daripada satu panggilan di antara kedua-dua pemimpin pada Sabtu.

    Trump memuji pemimpin Mexico, berkata: “Presiden adalah amat menakjubkan dan saya fikir kami akan mempunyai keputusan yang amat baik untuk Mexico, untuk Amerika Syarikat, untuk semua orang yang terbabit. Ia adalah amat penting.”

    Sebagai seorang calon, Trump mengadakan lawatan mengejutkan ke Mexico dalam usaha untuk menggambarkan dirinya sebagai seorang negawaran yang berkebolehan di arena antarabangsa.

    Mesyuarat berkenaan berubah menjadi kontroversi selepas Pena Nieto dan Trump saling bercanggahan mengenai pertemuan mereka.

    Trump memberitahu wartawan bahawa kedua-dua pemimpin tidak membincang siapa yang akan membayar untuk tembok sempadan yang dijanji akan dibina oleh beliau, sementara Pena Nieto berkata beliau “menjelaskan bahawa Mexico tidak akan membayar tembok berkenaan.”

    Jutawan harta tanah itu berikrar sepanjang kempen beliau untuk membina tembok besar di sepanjang sempadan AS-Mexico untuk mengawal penghijrahan haram, berjanji Mexico akan membiayai bil tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda