Monday, December 9, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump: Kita mesti tewaskan COVID-19

    WASHINGTON, 6 OKT – Presiden Donald Trump meninggalkan Pusat Perubatan Walter Reed dan menuju ke Rumah Putih untuk terus menjalani pemulihan selepas dijangkiti COVID-19, lapor agensi berita Sputnik.

    Trump dilihat berjalan meninggalkan pusat perubatan itu pada petang semalam dengan memakai penutup mulut dan hidung sambil melambai kepada pihak media.

    Di Rumah Putih, Trump menanggalkan penutup mulut dan hidungnya ketika bergambar di atas balkoni Truman, lapor NBC News.

    Kira-kira dua jam kemudian dalam rakaman video, Trump berkata rakyat Amerika tidak perlu takut kerana Amerika Syarikat (AS) mempunyai peralatan perubatan dan ubat-ubatan terbaik di dunia. Katanya, vaksin untuk memerangi penyakit itu akan ada tidak lama lagi.

    “Kami akan kembali bekerja,” kata Trump dan berikrar untuk ‘menewaskan’ COVID-19. Trump berkata beliau ‘mesti ke depan’ sebagai pemimpin negara walaupun ada risikonya.

    “Dan sekarang saya rasa lebih baik. Mungkin saya kebal. Saya tidak tahu,” kata Trump.

    Terdahulu, pada Isnin pasukan perubatan Trump memberitahu wartawan presiden memenuhi semua kriteria untuk dibenarkan keluar hospital dan keadaannya bertambah baik sejak  didiagnosis pada Khamis. Trump, dalam ciapannya kira-kira 20 minit sebelum meninggalkan hospital, beliau akan meneruskan kempen ‘tidak lama lagi.’

    Presiden itu dijangka menyertai debat presiden yang dijadual 15 Oktober di Miami, Florida, menurut pengarah komunikasi kempen Trump, Tim Murtaugh. – Bernama

    Presiden Donald Trump menanggalkan penutup mulut dan hidungnya sejurus selepas tiba di Rumah Putih dari Pusat Perubatan Tentera Walter Reed di Washington pada 5 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda