Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump kotakan janji bina tembok

    WASHINGTON, 25 Jan – Donald Trump hari ini mengambil langkah pertama ke arah mengotakan janjinya untuk ‘membina tembok’ di sempadan Mexico dengan mengeluarkan dekri eksekutif.

    Rumah Putih berkata Trump akan melawat Jabatan Keselamatan Dalam Negara di sebelah tengah hari apabila beliau dijangka mengeluarkan siri-siri langkah berkaitan imigresen.

    “Esok hari penting dirancang berhubung keselamatan negara. Antara lainnya, kami akan membina tembok!,” Trump menyatakan lewat semalam melalui Twitter.

    Menghalang penghijrahan ke AS adalah dasar utama kempen pilihan raya Trump.

    Dasar unggul beliau ialah untuk membina tembok di sempadan sepanjang 3,200 kilometer antara AS dan Mexico.

    Trump melancarkan kempen pilihan raya dengan berjanji untuk membina sebuah tembok di sepanjang sempadan Mexico dengan mengeluarkan dekri eksekutif. – AFP
    Trump melancarkan kempen pilihan raya dengan berjanji untuk membina sebuah tembok di sepanjang sempadan Mexico dengan mengeluarkan dekri eksekutif. – AFP

    Sesetengah sempadan telah pun dipagar, tetapi Trump mengatakan tembok itu perlu untuk menghalang penghijrah haram masuk dari Amerika Latin.

    Para pakar telah menyuarakan keraguan serius tentang sama ada tembok akan sebenarnya membendung penghijrahan haram atau jika berbaloi melabur berbilion-bilion bagi projek seumpama itu apabila ada kaedah lain mencapai hasil serupa yang lebih berkesan.

    Namun isu itu menjadi seruan lantang bagi pihak AS yang berhaluan konservatif dan amat konservatif, asas sokongan Trump. Selepas empat hari memegang jawatannya sebilangan pihak tertanya-tanya mengapa dasar presiden yang popular telah sebahagian besarnya tidak dapat dibezakan dari dasar Republikan yang ortodoks.

    Perintah eksekutif yang beliau janjikan mungkin cara untuk memuaskan keinginan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda