Tuesday, April 22, 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump lawat Florida

    MIAMI, 14 Sept – Presiden Donald Trump hari ini melawat Florida yang dilanda banjir ketika pihak berkuasa menyiasat kematian lapan orang penghuni sebuah rumah penjagaan yang tidak menerima bekalan elektrik apabila ribut Taufan Irma melanda rantau itu.

    Kematian itu menjadikan angka bilangan kematian akibat ribut taufan di Florida kepada 20 orang dan menggambarkan kesegeraan mengembalikan bekalan elektrik kepada berjuta-juta orang di negeri selatan itu.

    Trump dan isterinya Melania berserta Timbalan Presiden Mike Pence akan menuju bandar Fort Myers, di mana mereka akan diberi penerangan ringkas tentang usaha pemulihan ribut taufan, menurut Rumah Putih.

    Ketiga-tiga mereka kemudian akan pergi ke Naples untuk melawat mangsa ribut taufan.

    Lawatan diadakan ketika penduduk Florida yang telah dipindahkan sebelum Irma melanda dan ketika berpuluh-puluh ribu orang pekerja syarikat kemudahan kebanyakannya dari luar negeri itu bekerja 24 jam untuk mengembalikan bekalan elektrik kepada berjuta-juta pelanggan. – AFP

    Trump bercakap kepada media bersama isterinya Melania sebelum berlepas ke Florida. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda