Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump lepasi halangan mansuhkan Obamacare

    WASHINGTON, 5 Mei – Presiden Donald Trump meraikan kemenangan yang amat diperlukan dalam percubaannya untuk memansuhkan undang-undang penjagaan kesihatan Barack Obama, selepas rang undang-undang itu melepasi antara satu halangan utama di Kongres, kelmarin.

    Trump secara peribadi bergurau dan seolah-olah membodek ahli Republikan lain supaya menyokong satu rancangan yang bakal menjejaskan jutaan warga AS, ketika meraikan kemenangan itu selepas pengundian.

    Beliau menjangkakan kemenangan luar biasa ketika berkumpul bersama beberapa wakil Republikan di Taman Ros Rumah Putih sambil berjanji memansuhkan Obamacare di Senat, walaupun rancangan itu berdepan banyak tentangan.

    “Ia sudah tiada. Kami akan mengakhirinya dan melakukan pelbagai perkara lain,” kata Trump sambil menyifatkan Obamacare sebagai bencana.

    Difahamkan, ia mungkin mengurangkan kadar premium insurans tetapi bakal menyebabkan ramai warga AS hilang perlindungan mampu milik.

    Presiden Donald Trump (kiri) bercakap sesuatu kepada Paul Ryan (tengah) di Rose Garden Rumah Putih selepas Dewan Perwakilan mengundi untuk memansuhkan Obamacare, kelmarin. – AFP
    Presiden Donald Trump (kiri) bercakap sesuatu kepada Paul Ryan (tengah) di Rose Garden Rumah Putih selepas Dewan Perwakilan mengundi untuk memansuhkan Obamacare, kelmarin. – AFP

    Dalam pada itu, parti Demokrat berjanji untuk memastikan Republikan menerima padah kerana menyokong pelan yang didakwa mereka akan menjejaskan jutaan warga AS.

    Beberapa jam kemudian di New York semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull, Trump yang begitu gembira dengan hari besar partinya berkata, “Kita telah meluluskan dengan beberapa undi.

    Ia adalah impian konservatif sejak beberapa tahun untuk mengetepikan undang-undang penjagaan kesihatan Barack Obama yang Republikan anggap sebagai punca premium insurans melambung tinggi di samping mengurangkan pilihan untuk berjuta-juta warga AS.

    Demokrat pula menegakkan Obamacare membantu 20 juta warga AS mendapat perlindungan kesihatan dan menyelamatkan beribu-ribu nyawa dengan menyekat penanggung insurans daripada menafikan polisi kepada mereka yang mempunyai perlindungan kesihatan sedia ada.

    Pihak Republikan termasuk Trump telah berkempen bertungkus lumus dengan ikrar untuk menghapuskan reformasi 2010 Barrack Obama itu.

    “Rang undang-undang ini mengotakan janji-janji yang kita telah dibuat kepada rakyat AS,” Ryan memberitahu anggota Republikan yang bersorak kegembiraan manakala Demokrat menjerit dengan bantahan mereka.

    “Ramai daripada kita telah menunggu tujuh tahun untuk mengundi demi meluluskan rang undang-undang untuk memansuhkan Obamacare ini. Tamat eksperimen yang gagal ini,” tambah Ryan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda