Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump ‘lihat udang di sebalik batu’

    WASHINGTON, 13 April – Presiden Donald Trump semalam menyerlahkan keghairahan tentang ‘keserasian dan ikatan’ yang baik beliau dengan pemimpin China, Xi Jinping dalam satu perubahan retorik yang mana Rumah Putih percaya telah memberikan dividen.

    Dengan meletakkan retorik kempen yang keras tentang ‘penjarahan’ ekonomi AS oleh China dari belakang, Trump berpendirian sebegitu untuk memuji Xi kerana membantu berhubung Korea Utara dan Syria.

    Trump menerima kehadiran pemimpin China yang paling berpengaruh itu dalam tempoh beberapa dekad di peranginan beliau di Mar-a-Lago di Florida minggu lalu dan kedua-dua pemimpin berbual lagi melalui telefon Selasa lalu.

    “Ikatan antara kami sangat baik. Saya berpendapat kami mempunyai keserasian sangat baik bersama-sama. Saya berpendapat beliau mahu membantu kami berhubung Korea Utara. Kami telah berbincang tentang perdagangan,” Trump berkata dalam sidang media semalam.

    “Saya sangat kagum dengan Presiden Xi dan saya berpendapat beliau berniat baik dan saya berpendapat beliau mahu menolong. Kita akan lihat sama ada beliau begitu atau tidak.” Trump dan penolong-penolong tertinggi beliau percaya perbincangan itu, meskipun pada peringkat awal telah pun berbaloi.

    Semalam China enggan menyokong Rusia dalam memveto resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyelar Presiden Syria Bashar al-Assad, yang disifatkan oleh Trump sebagai ‘binatang’ dan ‘pembunuh kejam’.

    “Saya berpendapat sangat hebat mereka tidak mengundi,” kata Trump, dengan menambah kata beliau telah bercakap dengan Xi dan tidak terkejut dengan keputusan China itu. “Kami berbesar hati dengan pengundian itu. Itu adalah pengundian yang seharusnya telah dibuat.”

    Minggu lalu, Trump melancarkan serangan tentera ke atas salah sebuah padang tentera Assad sebagai hukuman di atas serangan yang disyaki serangan ejen saraf sarin ke atas sebuah kampung di tengah Syria. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda