Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump mahu Brazil jadi negara sekutu utama

    WASHINGTON, 9 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan kelmarin beliau berhasrat menjadikan Brazil sebagai negara sekutu di luar NATO, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan Trump kepada Kongres.

    “Ia sebagai pengiktirafan terhadap komitmen Brazil baru-baru ini dalam meningkatkan kerjasama pertahanan dengan AS,” kata Trump.

    Bagi membolehkan taraf negara sekutu di luar NATO diberikan kepada sesebuah negara, Trump perlu menunggu 30 hari selepas memaklumkan kepada Kongres.

    Tujuh belas negara lain memegang status sekutu di luar NATO termasuk Israel, Jepun dan Korea Selatan.

    Sekiranya ia menjadi kenyataan Brazil akan menjadi negara Amerika Latin pertama menyertai NATO. Kesemua 29 negara anggota NATO dari Amerika Utara dan Eropah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda