WASHINGTON, 16 Jan – Presiden AS yang baru dilantik, Donald Trump mahu ‘insurans kesihatan untuk semua’, katanya memberitahu The Washington Post, bukan pencapaian kecil di sebuah negara yang mana berjuta-juta rakyat tidak dilindungi insurans.
Pihak Republikan telah lama membidas undang-undang penjagaan kesihatan Presiden Barack Obama, Affordable Care Act (ACA), berkempen dengan janji untuk memansuhkan dan menggantinya. Tetapi pemaju jutawan itu tidak berkata dengan tepat diganti dengan apa.
Bagaimanapun kini, beliau memberitahu Post melalui telefon lewat Sabtu lalu bahawa beliau mahu ‘insurans bagi setiap orang’, sementara mengehendaki syarikat-syarikat pengeluar ubat merundingkan terus dengan kerajaan tentang harga dalam Medicare dan Medicaid.
Kerajaan merancangnya terutama untuk warga tua Amerika dan warga Amerika yang berpendapatan rendah.
“Ia dilindungi dari segi politik. Tetapi tidak lagi,” Trump dipetik sebagai berkata tentang syarikat-syarikat besar farmaseutikal.
Rumah Putih mengatakan ACA – nama panggilan bagi Obamacare – sebagai berjaya, dengan mengatakan lebih 20 juta rakyat Amerika telah mendapat insurans kesihatan menerusi undang-undang.
ACA menegah syarikat-syarikat insurans dari menolak penjagaan kesihatan disebabkan keadaan sedia ada, memansuhkan perlindungan sepanjang hayat bagi penjagaan, dan membolehkan kanak-kanak tetap dalam rancangan ibu bapa mereka sehingga usia 26 tahun, tiga syarat yang telah terbukti popular di seluruh negara.
Pihak Demokrat memberi amaran bahawa pembatalan undang-undang itu boleh memaksa berjuta-juta rakyat Amerika kehilangan perlindungan mereka.
Membatalkan Obamacare adalah tugas yang amat besar, meskipun kepimpinan Republikan baru dalam Kongres telah mula bergerak cepat untuk melucutkan ACA daripada pembiayaan, ia juga menekankan ia tidak mahu ‘menarik daripada sesiapa pun’ yang mungkin kehilangan perlindungan jika tidak ada tawaran rancangan penggantian.
Dan ada perdebatan dalam kalangan pihak Republikan tentang bagaimana dan bagaimana cepat untuk meneruskan tanpa penggantian disediakan. – AFP
































