WASHINGTON – Walaupun Presiden Amerika yang baru dilantik, Donald Trump berikrar untuk menghapuskan keseluruhan kumpulan Islamic State (IS), kumpulan radikal itu sudahpun melarikan diri yang disebabkan oleh peningkatan tekanan sepanjang tahun lalu, kata pakar dalam satu temu bual dengan Xinhua.
Trump mengulangi janji-janji untuk menewaskan kumpulan itu selepas serangan baru-baru ini yang membawa maut di pasar Krismas di Berlin, yang membunuh kira-kira 12 orang dan mencederakan berpuluh-puluh lainnya yang tidak bersalah. Trump telah membidas bekas Presiden, Barack Obama kerana masih tidak berjaya mengalahkan IS di kubu kuat Timur Tengah.
Tetapi Wayne White, bekas Timbalan Pengarah Pejabat Perisikan Timur Tengah bagi Jabatan Negara berkata tugas-tugas yang besar telah dilakukan, dan IS nampaknya berada dalam laluan keluar.
Usaha AS dan pasukan gabungan pengeboman udara yang berterusan, ditambah dengan pasukan sokongan AS dari Syria Kurdish, Kurd Iraq, Tentera Iraq, puak suku Iraq Sunni Arab, militia Syiah Iraq, dan yang baru-baru ini Tentera Turki di sebuah kawasan, yang telah mengurangkan wilayah asal jajahan IS dan memberi tamparan hebat kepada mereka, kata White.
“Sebaik sahaja Mosul diambil alih – satu-satunya kawasan bandar besar di bawah kawalan IS – akan menjadi jauh lebih mudah di Iraq,” katanya.


IS tidak dihancurkan dengan pengeboman sahaja, tetapi juga oleh pelbagai tentera yang menentang kumpulan itu. Dan tentera-tentera itu kini bersiap sedia untuk penghapusan mereka – kesemua ini dengan beberapa ribu penasihat Amerika Syarikat dan jurulatih yang berfungsi sebagai tidak bersenjata, dengan hanya peratusan kecil daripada mereka di barisan hadapan sebagai penasihat pertempuran, kata White.
“IS jelas dapat ditumpaskan di Syria (dan) Iraq tanpa pasukan tempur tentera AS. Serangan daripada dua buah negara itu akan dapat mempercepatkan keruntuhan IS, tetapi tidak banyak kerana komitmen mereka akan mengambil masa – masa dimana IS kehilangan lebih banyak kawasan jajahan,” kata White .
Pada peringkat usaha akhir anti-IS di Syria dan Iraq, berkemungkinan peranan yang pa-ling penting Trump dan tentera AS boleh mainkan agar dapat mendesak sempadan Jordan dan Arab yang luas di sepanjang kawasan IS yang semakin melemah untuk dapat dironda atau dipantau secara berhati-hati, kata White.
Ini bermakna perintah larangan dapat dilakukan terhadap militan IS yang melarikan diri yang dianggap sebagai ‘khalifah’ – melalui kawasan di mana tidak ada pejuang tentera darat memberi tekanan di barisan hadapan yang cukup kukuh, kata White.


Kerajaan Jordan telah melakukan yang terbaik bagi memantau dan mengawal sempadan me-reka dengan Syria, tetapi ianya dibebankan dengan sejumlah besar pelarian dan mempunyai jumlah tentera yang sedikit. Tentera AS mungkin akan digunakan dalam membantu Jordan untuk melipatgandakan rondaan sempadan.
Arab Saudi tidak akan menerima tentera AS itu, tetapi digesa untuk mengalihkan fokus mereka dari Yaman ke sempadan mereka dengan Syria dan Iraq sebagai penggulungan IS, kata White.
Selain dari mengalahkan kubu kuat IS, usaha yang jauh lebih sukar buat Trump adalah untuk meneruskan tugas kompleks bagi meminimumkan pejuang yang berkaitan dengan IS atau serangan keganasan domestik di dalam Amerika Syarikat dan terhadap sasaran AS antarabangsa, kata White.
“Ini memerlukan perhimpunan dan pengumpulan maklumat risikan dan usaha penguatkuasaan undang-undang untuk mengatasi ancaman itu sebelum mereka membuat serangan ke atas beberapa kawasan yang mudah menjadi sasaran,” kata White.
“Usaha itu boleh berlanjutan selama bertahun-tahun, dan pergerakan provokatif seperti membuat kenyataan anti-Islam atau mengamalkan dasar-dasar anti-Islam akan meningkat – tidak berkurangan – bahayanya radikalisasi dan mengakibatkan keganasan,” kata White. – Xinhua