Trump mahu tuntut ganti rugi dari China

WASHINGTON, 28 APRIL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau mungkin akan menuntut kerugian dari China susulan pandemik COVID-19 bermula di bandar Wuhan, sebelum merebak ke seluruh dunia, mencetuskan respons marah dari Beijing hari ini.

“Kami tak berpuas hati dengan China. Kami tak berpuas hati dengan seluruh situasi ini kerana kami percaya ia boleh dihentikan dari puncanya.

“Ia boleh dihentikan segera dan tidak merebak ke seluruh dunia,” katanya pada taklimat harian media di Rumah Putih.

Trump berkata terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mendesak China bertanggungjawab.

“Kami sedang menyiasat perkara ini dengan serius, seperti yang mungkin anda ketahui,” katanya.

Trump ditanya mengenai laporan sebuah akhbar Jerman baru-baru ini yang mendesak China membayar pampasan berjumlah AS$165 bilion susulan kemerosotan ekonomi akibat virus terbabit. – AFP