Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Trump miliki ‘kuasa penuh’ bagi pengampunan

WASHINGTON, 23 Julai – Presiden Donald Trump semalam berkata beliau memiliki ‘kuasa lengkap’ untuk mengeluarkan pengampunan, satu kenyataan tegas yang dibuat di tengah penyiasatan ke atas campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden tahun lalu. Ia adalah salah satu dari banyak topik yang menghantui fikiran presiden apabila hari bermula.

Pada hari apabila kebanyakan orang bersedia untuk melupakan isu yang mengganggu mereka sepanjang minggu, Trump meligat. Dalam awal pagi 10 pernyataan dalam Twitter, beliau mengulas tentang pengampunan, bekas saingan pilihan raya presiden Hillary Clinton, anak lelakinya, Don Jr, penjagaan kesihatan, USS Gerald Ford, peguam negara dan isu-isu lain.

Dalam salah satu dari 10 mesejnya, Trump berkata: “Sementara semua setuju Presiden AS mempunyai kuasa lengkap untuk mengampunkan, mengapa memikirkannya apabila hanya jenayah setakat ini ialah pembocoran terhadap kami. Berita Palsu.

Trump ketika menaiki pesawat Air Force One pada 22 Julai 2017, di Pangkalan Udara Andrews. Trump semalam berkata beliau memiliki ‘kuasa lengkap’ untuk mengeluarkan pengampunan, satu kenyataan tegas yang dibuat di tengah penyiasatan ke atas campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden tahun lalu. – AP
Trump ketika menaiki pesawat Air Force One pada 22 Julai 2017, di Pangkalan Udara Andrews. Trump semalam berkata beliau memiliki ‘kuasa lengkap’ untuk mengeluarkan pengampunan, satu kenyataan tegas yang dibuat di tengah penyiasatan ke atas campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden tahun lalu. – AP

Washington Post baru-baru ini melaporkan bahawa Trump bertanya tentang kuasa yang ada padanya sebagai presiden untuk mengampunkan penolong-penolong, anggota keluarga dan malah dirinya sendiri dalam kaitan dengan meluaskan penyiasatan ke atas campur tangan Rusia dalam pilihan raya dan sama ada mana-mana penolong-penolong Trump turut terlibat.

Presiden telah lama mengkritik tentang pembocoran maklumat tentang penyiasatan dan telah menggesa pihak berkuasa supaya mendakwa pihak pembocor.

Trump menegaskan tidak ada jenayah yang telah dilakukan. Salah seorang peguam Trump, Jay Sekulow berkata presiden belum membincangkan tentang isu pengampunan dengan pasukan undang-undang luar beliau. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -