Trump pecat peguam negara

WASHINGTON, 8 Nov – Presiden Donald Trump kelmarin telah memecat Peguam Negara Jeff Sessions sehari selepas pilihan raya pertengahan penggal dan melantik orang yang setia bagi menggantikan beliau dalam langkah yang mencetuskan persoalan mengenai masa depan siasatan Rusia.

Pemecatan itu berlaku selepas lebih setahun berdepan kritikan oleh presiden mengenai keputusan penasihat undang-undangnya yang menarik diri daripada menyiasat campur tangan

Moscow pada pilihan raya 2016 dan memberi laluan untuk pelantikan Penasihat Khas, Robert Mueller.

Dalam pengumuman mengenai peletakan jawatan menerusi Twitter itu, beliau berterima kasih kepada bekas senator Alabama dan Trump telah melantik pemangku peguam negara, Matthew Whitaker.

Pengumuman itu mencetuskan amaran di mana Whitaker secara terang-terangan mengkritik skop yang luas yang diberikan kepada pasukan Mueller untuk menjalankan siasatan lebih mendalam terhadap tuduhan di mana kempen Trump telah berpakat dengan Rusia pada 2016 dengan menyiasat hubungan-hubungan lain antara Trump, keluarganya dan bantuan dan Rusia dan penyiasatan itu disifatkan sebagai ‘pemburu sihir’ oleh presiden.

Dalam ruang editorial pada Ogos tahun lalu, beliau secara terbuka menyeru Timbalan Peguam Negara, Rod Rosenstein yang menyelia siasatan tersebut untuk menghadkan skop siasatan kepada empat sudut bagi arahan yang melantiknya sebagai penasihat khas.”

Sebagai pemangku peguam negara, Whitaker sekarang mempunyai kuasa untuk mengambil alih penyeliaan daripada Rosenstein dan mengendalikannya dengan sendiri.

Pemimpin Minoriti Senat Demokratik, Chuck Schumer dengan segera meminta Whitaker untuk menarik diri daripada siasatan tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh orang sebelumnya, merujuk kepada komen beliau sebelum ini yang menyokong penarikan semula pembiayaan dan mengenakan pembatasan terhadapnya. – AFP