Trump rancang kurangkan tentera AS di Jerman

FRANKFURT AM MAIN, 7 JUN – Jerman hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap laporan mengatakan Presiden Donald Trump merancang mengurangkan jumlah tentera Amerika Syarikat (AS) yang ditempatkan di Jerman, di tengah kebimbangan ia mungkin melemahkan tunggak utama pertahanan NATO di rantau.

Menteri Luar Jerman, Heiko Maas berkata kedua-dua negara menerima faedah daripada kerjasama erat walaupun jika hubungan rentas Atlantik itu menjadi ‘rumit’ di bawah Trump.

Ahli politik kanan lain di Berlin bersikap lebih terus-terang, mengecam pelan tersebut sebagai tamparan hebat kepada hubungan AS-Jerman dan risiko keselamatan.

“Jika ia berhubung penarikan tentera AS, kami akan menerimanya,” beritahu Maas kepada akhbar Bild am Sonntag.

“Kami menghargai kerjasama dengan angkatan bersenjata AS yang telah berkembang dalam tempoh beberapa dekad ini.

Ia merupakan kepentingan kedua-dua negara kami.” – AFP