Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Trump sasar lancar rangkaian sosial menjelang Februari

    SAN FRANCISCO, 7 JAN – Kumpulan media bekas presiden AS, Donald Trump menyasarkan untuk melancarkan rangkaian sosialnya yang telah lama dijanjikan pada Februari, menurut penyenaraian di Apple App Store.

    Applikasi ‘Truth Social’ dijangka akan tersedia pada 21 Februari, penyenaraian menunjukkan dan akan mempunyai ciri yang serupa dengan alat sambungan dalam talian yang ditemui di laman sosial Facebook.

    Lelaki berusia 75 tahun itu dibuang daripada laman sosial Twitter – saluran komunikasi pilihannya semasa presiden – serta Facebook dan Youtube selepas pemberontakan 6 Januari tahun lalu, di mana sekumpulan penyokong Trump, kecewa dengan dakwaan palsunya yang berulang-ulang bahawa pilihan raya November 2020 telah dirampas daripadanya, menyerang Capitol AS.

    Trump mengatakan platform baharu itu akan menjadi alternatif kepada syarikat internet Lembah Silicon yang menurutnya berat sebelah terhadapnya dan suara konservatif lain.– AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...