Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Trump sedia ampun perusuh, jika menang pilihan raya

    WASHINGTON, 30 JAN – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau akan memberi pengampunan kepada perusuh yang menyerang bangunan Capitol AS pada 6 Januari 2021, jika beliau menang dalam pilihan raya presiden 2024.

    “Jika saya bertanding dan jika saya menang, kami akan melayan mereka yang terlibat dalam insiden 6 Januari dengan adil dan jika ia memerlukan pengampunan, kami akan berikan pengampunan kepada mereka kerana mereka menerima layanan tidak adil,” kata Trump dalam satu perhimpunan di Texas kelmarin, lapor Sputnik.

    Bekas presiden itu bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada beliau bercadang untuk bertanding semula jawatan itu.

    Lebih setahun lalu, sekumpulan penyokong Trump merusuh dalam bangunan Capitol AS bagi membantah keputusan pilihan raya presiden 2020 di beberapa negeri yang Trump dakwa berlaku penipuan.

    Pihak berkuasa AS telah menahan lebih 725 individu di hampir semua 50 negeri berikutan kesalahan jenayah berhubung insiden rusuhan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...