Trump tandatangani Perintah Eksekutif pertingkat dasar polis

WASHINGTON, 17 JUN – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan satu perintah untuk mempertingkat dasar polis semalam, menggesa pengharaman ke atas taktik mencekik namun beliau tidak memberikan respons terhadap permintaan yang dituntut oleh bantahan menentang perkauman dan kekejaman polis di seluruh negara.

“Kami perlu memecah corak kegagalan lama,” kata Trump pada majlis di Rose Garden yang dihadiri oleh polis dan sekutu kongres Republikan, walaupun tidak dihadiri oleh wakil hak awam kulit hitam atau pembangkang politik. Presiden mempunyai kuasa terhad ke atas polis, yang dikendalikan pada peringkat negeri dan tempatan. Bagaimanapun, Trump berkata beliau akan menggunakan akses kepada gran pembiayaan persekutuan untuk memujuk jabatan ‘supaya mengamalkan standard profesional tertinggi.’ – AFP

Presiden AS Donald Trump menunjukkan tandatangan beliau pada Perintah Eksekutif mengenai Polis Selamat untuk Komuniti Selamat di Rose Garden Rumah Putih di Washington pada 16 Jun 2020. – AFP