WASHINGTON, 15 Sept – Presiden Donald Trump menandatangani resolusi kongres yang mengutuk pelampau kulit putih pada Khamis selepas penggubal undang-undang menggerakkan presiden untuk menyokong teks yang dipicu oleh reaksinya terhadap keganasan kaum di Charlottesville, Virginia.
Trump menandatangani resolusi ‘menolak nasionalis kulit putih, pelampau kulit putih, Ku Klux Klan, neo-Nazi dan kumpulan kebencian yang lain’ selepas resolusi berkenaan diluluskan sebulat suara oleh Kongres awal minggu ini.
Dengan petikan teks yang amat bermakna itu, apa-apa percubaan veto Trump ada kemungkinan akan diterbalikkan
Dalam satu kenyataan, Trump berkata beliau ‘gembira menandatangani’ langkah itu sambil menambah bahawa ‘sebagai orang Amerika, kita mengutuk keganasan di Charlottesville baru-baru ini dan menentang kebencian, ketaksuban dan perkauman dalam semua bentuk’.

Ahli perundangan dari Virginia berkata Kongres bercakap dengan ‘satu suara’ mengecam kebencian pada Ogos lalu, di mana perhimpunan pelampau kanan jauh bertukar ganas dan seorang penunjuk perasaan terbunuh apabila kereta yang dipandu oleh seorang yang disyaki pelampau merempuh orang ramai.
Trump dikritik secara meluas kerana mencadangkan ‘kedua belah pihak’ bersalah di atas keganasan yang tercetus antara kumpulan pelampau kulit putih dan penentang mereka.
Penarafan kerja Presiden Trump merudum kepada tahap paling rendah sejak tujuh bulan memegang jawatan gara-gara pengendalian buruknya untuk kes Charlottesville. – AFP






















