Trump terus mendesak

WASHINGTON, 9 Jan – Presiden Donald Trump menggunakan ucapan semasa waktu perdana semalam untuk mendesak dana berjumlah AS$5.7 bilion bagi pembinaan tembok keluli di sepanjang sempadan Mexico yang menurut beliau akan mengurangkan ‘Darah Orang Amerika’ oleh imigran haram.

Ucapan sembilan minit dari Pejabat Oval di Rumah Putih tersebut tidak mengandungi konsesi kepada Demokrat yang enggan membiayai pembinaan tembok tersebut, satu projek yang telah dijadikan Trump sebagai idea dasar domestik beliau.

Ucapan itu juga tidak memberikan harapan daripada ramalan awal bahawa beliau mungkin mengumumkan darurat negara yang akan memberikannya kuasa untuk membenarkan projek tembok tanpa kelulusan kongres, yang mungkin mencetuskan krisis politik yang lebih serius.

Trump bercakap dengan nada suara luar biasa, yang jelas menuntut asas moral yang tinggi dan berkata beliau mahu mengurangkan perpecahan politik yang mungkin mentakrifkan perebutan kuasa dalam pergolakan beliau memegang jawatan presiden.

“Saya telah menjemput kepimpinan kongres ke Rumah Putih esok untuk menyelesaikan perkara ini. Diharapkan kami boleh bangkit mengatasi politik partisan untuk menyokong keselamatan negara,” ujarnya.

“Situasi ini boleh diselesaikan dalam rundingan 45 minit.”

Disebalik nada lebih lembut, Trump juga banyak bercakap tentang menegaskan lagi mesej berkontroversi beliau yang popular dalam kalangan asas sayap kanan beliau bahawa penghijrahan haram di sempadan AS-Mexico mengatasi semua ancaman ke atas kehidupan rakyat Amerika.

Beliau menyatakan contoh-contoh jenayah yang mengerikan yang telah dilakukan oleh para pendatang haram, termasuklah ‘pemancungan kepala dan mengerat-ngerat anggota badan’ dan berkata beliau ‘tidak akan pernah melupakan kesakitan’ yang telah dialami oleh mangsa-mangsa yang terselamat yang telah beliau temui. – AFP

Presiden Donald Trump ketika menyampaikan ucapan umum yang disiarkan di stesen televisyen Amerika Syarikat dari Pejabat Oval di Rumah Putih di Washington, DC. – AFP