Trump tetamu awal Maharaja Jepun

WASHINGTON, 19 April – Presiden Amerika Syarilat (AS) Donald Trump dan isterinya, Melania akan menjadi tetamu negara luar pertama yang melawat Jepun dan mengadakan pertemuan dengan Putera Makhota Naruhito selepas ditabalkan menjadi Maharaja, menurut Rumah Putih semalam.

“Trump akan pergi ke Jepun dari 25 hingga 28 Mei sebagai tetamu negara pertama negara itu berikutan ditabalkan menjadi Maharaja Naruhito pada 1 Mei 2019,” jurucakap wanita Trump, Sarah Sanders berkata dalam satu kenyataan.

Trump juga akan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Shinzo Abe selain lawatan Abe ke Washington pada 26 hingga 27 April, menurut Sanders lagi.

“Pertemuan antara Presiden Trump dan Perdana Menteri Abe akan mengesahkan gabungan AS-Jepun sebagai asas keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik dan seluruh dunia,” menurutnya lagi.

Trump dijangka kembali ke Jepun pada bulan Jun bagi sidang mesyuarat G20 di Osaka.

Sementara itu, Presiden Donald Trump semalam telah mengisytiharkan ‘Permainan Berakhir’ bagi para pengkritiknya selepas penerbitan laporan Mueller yang lama dinantikan yang membersihkan namanya daripada pakatan dengan Rusia.

Tidak secepat itu, Demokrat menjawab ketika mereka berikrar akan terus menyiasat presiden Republikan itu berhubung apa yang menurut mereka perlakuan ‘tidak jujur’ dan ‘tidak bermoral’ yang didedahkan oleh siasatan Rusia selama dua tahun.

‘Bagi mereka yang membenci dan radikal kiri Demokrat, permainan telah berakhir.’ Menurut jutawan itu dalam mesej di Twitter bahawa tidak kali pertama peniruan ikonografi siri-siri fantasi ‘Games of Thrones.’

Selepas siasatan 22 bulan ke atas campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden 2016, Kaunsel Khas Robert Mueller membuat kesimpulan pasukan Trump tidak berkomplot dengan Moscow. – AFP

Trump dan Melania menuju ke Lawn Selatan untuk menaiki Marine One sebelum berlepas dari Rumah Putih di Washington, pada 18 April lalu. – AFP