Trump tinggalkan sesi temu bual

ANKARA, 23 OKT – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyiarkan rakaman temu bual penuh semalam sebelum tarikh tayangannya, dan dengan tiba-tiba meninggalkan sesi rakaman itu ketika sedang bercakap dengan wartawan, lapor agensi Anadolu.

Dalam temu bual dengan CBS News ‘60 Minutes, Lesley Stahl terlebih dahulu mengajukan soalan kepada Trump adakah beliau bersedia untuk beberapa pertanyaan yang sukar, pantas dijawab presiden, “lakukannya dengan adil.”

Menjelang penghujung temu bual selama 37 minit, yang merangkumi isu COVID-19 sehingga keadaan ekonomi AS, Trump menegur Stahl tentang soalan pembukaannya dan berkata “Itu bukan caranya untuk bercakap.” – Bernama