Thursday, December 5, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump tuduh FBI leka dalam menghalang penembakan

    FORT LAUDERDALE, Amerika Syarikat (AS), 18 Feb – Presiden AS, Donald Trump, hari ini berkata, FBI membuang masa dalam siasatan Rusia sehingga gagal mengawasi tanda-tanda yang dapat menghalang kejadian tembakan di sekolah Parkland.

    Komennya itu dibuat tatkala dia berdepan kritikan daripada penuntut-penuntut yang terselamat daripada kejadian itu atas kaitannya dengan Persatuan Raifal Kebangsaan (NRA) dan selepas beberapa ribu orang berarak di Florida bagi menuntut tindakan segera ke atas kawalan senjata.

    “Sangat sedih bahawa FBI terlepas semua petunjuk-petunjuk yang dihantar oleh penembak sekolah Florida. Ini tidak boleh diterima,” tulis Trump di Twitter.

    “Mereka menghabiskan banyak masa untuk membuktikan perbincangan Rusia dengan kempen Trump – tidak ada kesimpulan. Kembali kepada asas-asas dan buat kami semua bangga!”

    Tiga hari selepas seorang remaja bersenjata senapang membunuh 17 orang di Sekolah Menengah di Marjory Stoneman Douglas, Emma Gonzalez, 18, memberikan ucapan pedas kepada kumpulan penuntut, ibu bapa dan penduduk di Ft. Lauderdale yang berhampiran.

    Gambar yang diambil pada 17 Februari 2918 menunjukkan pihak polis menjaga kawasan berhampiran dengan Sekolah Menengah Marjory Stoneman Douglas. Presiden AS, Donald Trump, kelmarin berkata, FBI begitu leka dalam siasatan Rusia sehingga gagal mengawasi petunjuk-petunjuk yang dapat menghalang insiden penembakan itu. – AFP

    “Kepada setiap ahli politik yang mendapatkan dana dari NRA, anda perlu merasa malu!” tegasnya, yang mengkritik Trump kerana sokongan yang bernilai berjuta dolar yang diterimanya dari pelobi senjata.

    Orang ramai membalas laungan itu: “Anda perlu merasa malu!”

    “Kita akan menjadi mangsa penembakan besar-besaran terakhir. Kita akan menukar undang–undang,” ikrarnya yang menyelar Nikolas Cruz, 19, yang membeli secara sah senjata api separa automatik meskipun mempunyai sejarah sikap ganas dan bermasalah.

    “Persoalannya sama ada atau tidak orang ramai seharusnya dibenarkan untuk memiliki senjata automatik bukanlah politik. Ia adalah mengenai hidup atau mati dan ia perlu dihentikan menjadi persoalan politik,” Gonzalez memberitahu AFP berikutan ucapannya.

    Di Washington, ahli politik memberikan tindak belas yang menjelaskan pelobi pro-senjata yang berkuasa NRA masih lagi menggerunkan, sementara Trump sendiri menggambarkan punca kejadian tembakan itu adalah krisis kesihatan mental dan tidak menyebutkan mengenai kawalan senjata.

    “Jika presiden mahu datang kepada saya dan memberitahu saya secara berdepan bahawa ia adalah satu tragedi dan bagaimana tidak ada yang dilakukan mengenainya, saya dengan senang hati bertanya berapa banyak wang yang diterimanya dari NRA,” kata Gonzalez dalam ucapannya.

    “Ia tidak penting kerana saya sudah tahu. Tiga puluh juta,” katanya, yang memetik jumlah yang dibelanjakan oleh NRA untuk menyokong bidaan pilihan raya Trump dan menewaskan Hillary Clinton.

    Dia kemudian menyatakan senarai yang menjadi perbualan pelobi prosenjata sebagai contoh bahawa ‘seorang lelaki yang baik dengan senjata menghentikan lelaki jahat dengan senjata,’ ia bukanlah undang-undang yang tidak dapat menghentikan hasrat seorang yang jahat untuk membunuh. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda