Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump tumpuan di PBB

    PBB, 15 Sept – Donald Trump menjadi tumpuan di PBB minggu depan apabila pemimpin dunia yang risau berhimpun di New York untuk mendengar kenyataan bagaimana dia membentuk semula peranan Washington dalam hal ehwal dunia.

    Krisis nuklear bersama Korea Utara, masa depan persetujuan nuklear Iran dan tindakan tegas ketenteraan Myanmar ke atas Rohingya Islam dijangka akan menjadi agenda utama pada perhimpunan diplomatik terbesar dunia itu.

    Trump akan membuat ucapan pertamanya dalam perdebatan peringkat tinggi Perhimpunan Agung PBB, yang bermula pada Selasa depan dengan 129 ketua negara dan kerajaan akan menghadirinya.

    Presiden Perancis Emmanuel Macron juga akan membuat kemunculan, begitu juga dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, yang sekarang sudah sembilan bulan memegang jawatan.

    Tetapi semua tumpuan adalah kepada Trump, yang pilihan rayanya pada tahun lepas digambarkan sebagai bencana politik oleh diplomat PBB yang sekarang bergelut dengan dasar nuklear AS ke atas krisis global dari Syria sehinggalah ke Selatan Sudan.

    Sahabat dan musuh Washington berdepan implikasi dasar ‘Amerika didahulukan’ Trump dan ucapannya sudah pasti akan menjadi tumpuan bagi sebarang petanda apa yang ada.

    Sementara Trump dijangka akan memainkan peranan kepada tontonan domestik dengan menegaskan semula tema-tema yang menjadikannya popular di negaranya, diplomat tidak menyatakan sebahagian petanda perubahan, sebagai contoh perubahan iklim.

    AS mencetuskan kemarahan dunia Jun lalu apabila mengumumkan ia menarik diri daripada persetujuan iklim Paris tetapi proses itu memerlukan masa selama tiga tahun untuk membenarkan dia memikirkannya semula.

    “Jangkaan adalah rendah tetapi ia mungkin menjadi kelebihan Trump,” kata Richard Gowan, pakar PBB dari Majlis Hal Ehwal Luar Eropah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda