Trump ugut tarif terhadap EU, China

BANGOR, AMERIKA SYARIKAT, 7 JUN – Presiden Donald Trump mengugut akan mengenakan tarif ke atas Kesatuan Eropah (EU) dan China dalam tindakan balas terhadap duti yang dikenakan ke atas import udang kara Amerika Syarikat (AS).

Pada satu mesyuarat dengan wakil nelayan di Bangor, Maine, Trump mengarahkan penasihat perdagangan Peter Navarro supaya menimbang tarif ke atas kereta EU dan produk China.

Pemimpin Republikan itu memberitahu wakil industri udang kara bahawa EU perlu menggugurkan tarif ‘dengan serta merta.’

“Jika mereka tidak berubah, kami akan mengenakan tarif ke atas kereta mereka dan mereka akan berubah dengan serta-merta,” kata beliau, menggelar Brussels ‘sama teruk dengan China dari segi perniagaan.’

Beliau berkata tarif yang dikenakan adalah ‘setara.’

“Pilih satu produk, sesuatu yang sama taraf jika mereka enggan gugurkan tarif untuk udang kara Maine yang memasuki China.” – AFP

Presiden AS Donald Trump bergambar bersama dokumen yang ditandatangani semasa mesyuarat sebagai menyokong nelayan komersial di Bangor, Maine pada 5 Jun 2020. – AFP