Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tsar terkenal di Rusia hasil campuran dua gen berbeza

    RUSIA – Namanya sangat sesuai sebagai seorang raja dan dilayan dengan penuh istimewa, seekor anak singa telah dilahirkan melalui campuran dua gen yang berbeza iaitu dari gen seekor singa dan juga seekor harimau. Kelahiran anak singa ini memang sangat jarang berlaku di dunia terutama dalam percampuran seperti singa dan juga harimau namun sebuah zoo di Rusia membuktikan bahawa ia boleh berlaku.

    Pengarah zoo tersebut telah menamakan anak singa itu sebagai ‘Tsar,’ – yang sebenarnya merujuk kepada seorang maharaja Rusia pada abad lalu yang pernah memerintah Rusia dengan begitu gemilang. Kelihatan anak singa itu tidak sabar untuk menunggu kedatangan botol susunya.

    “Kami tidak mahu meninggalkan anak singa ini di dalam sangkar kerana cuaca di luar sangat sejuk dan boleh memudaratkan keadaan anak singa ini. Kami telah memasukkan anak singa ini di dalam bangunan ini dan tidur sekatil dengan kami,” kata ketua zoo, Erik Airapetyan kepada wartawan AFP.

    Anak singa itu dilahirkan pada 11 November tahun lalu dan mempunyai bulu yang berwarna kecoklatan dan berjalur hitam. Anak singa itu ditempatkan di sebuah zoo di selatan Rusia, Rostov-On-Don.

    Ketua zoo tersebut, Erik Airapetyan dan rakan-rakan sentiasa memastikan kesihatan anak singa itu dalam keadaan yang baik dan menyusukannya dengan air susu kambing dan setakat ini, anak singa itu telah meminum sekitar satu liter sehari.

    Kelahiran anak singa ini memang sangat jarang berlaku di dunia terutama dalam pecampuran seperti singa dan juga harimau. – AFP
    Kelahiran anak singa ini memang sangat jarang berlaku di dunia terutama dalam pecampuran seperti singa dan juga harimau. – AFP
    Pengarah zoo tersebut telah menamakan anak singa itu sebagai ‘Tsar’ yang mana nama itu sebenarnya merujuk kepada seorang maharaja Rusia pada abad lalu yang pernah memerintah Rusia dengan begitu gemilang. – AFP
    Pengarah zoo tersebut telah menamakan anak singa itu sebagai ‘Tsar’ yang mana nama itu sebenarnya merujuk kepada seorang maharaja Rusia pada abad lalu yang pernah memerintah Rusia dengan begitu gemilang. – AFP

    Ibu anak singa tersebut, Princess, adalah seekor harimau yang dipelihara di zoo tersebut dan mengalami proses kelahiran yang sangat sukar dan mencabar namun tidak dapat menyusukan anaknya itu.

    “Princess telah berjaya melahirkan tiga ekor anak singa namun hanya Tsar sahaja yang terselamat manakala selebihnya telah mati,” tambah Airapetyan kepada wartawan AFP.

    “Percampuran Hybrids ini memang satu perkara yang jarang berlaku dan secara umumnya, anak percampuran ini lebih lemah berbanding dengan anak singa dan harimau yang biasa. Namun jika anda mengambil penjagaan yang baik terhadap anak singa ini, ia boleh hidup membesar seperti yang lain dan hidup lama,” kata Dmitry Miloserdov, seorang penyelidik di Muzium Darwin Moscow kepada wartawan AFP.

    Menyedari tentang tahap ‘survival’ Tsar yang tidak tetap, pihak zoo telah memelihara dengan penuh kasih sayang dan menumpukan perhatian sepenuhnya dengan memenuhi setiap apa yang diingini oleh anak singa itu.

    “Tsar mempunyai bekalan susu yang tidak terhad, tidur sekitar 16 jam sehari dan bermain pada bila-bila masa ia mahu. Kami semua sangat sayang terhadap Tsar dan berusaha untuk menjaganya sehingga dewasa kerana ia adalah satu harta yang sangat bernilai buat kami semua, ia unik dan ia adalah singa ‘stripy’ kami,” kata Airapetyan lagi kepada wartawan.

    Setakat ini, ibu kepada Tsar, Princess dan ayah kepada Tsar, Caesar, belum mempunyai akses untuk bersama dengan anaknya.

    “Dalam tempoh dua setengah bulan dan seberat lima kilogram, Tsar masih lagi kecil dan mudah rapuh jika bertemu dengan ayah dan ibunya di dalam sangkar,” tambah Airapetyan lagi kepada wartawan.

    Cinta yang tidak mungkin

    “Princess dan Caeser telah duduk dalam satu sangkar yang sama untuk beberapa tahun dan sudah terbiasa untuk sentiasa bersama,” menurut pengarah zoo tersebut.

    Pihak zoo telah memelihara dengan penuh kasih sayang dan menumpukan perhatian sepenuhnya dengan memenuhi setiap apa yang diingini oleh anak singa itu. – AFP
    Pihak zoo telah memelihara dengan penuh kasih sayang dan menumpukan perhatian sepenuhnya dengan memenuhi setiap apa yang diingini oleh anak singa itu. – AFP

    RUSSIA-ANIMAL-LIGER

    “Apabila mengetahui Princess telah mengandung, semua kakitangan zoo bersorak gembira kerana percampuran gen antara singa dan harimau ini memang jarang berlaku di dunia malah sehingga ke hari ini, dicatatkan sekitar 20 ekor haiwan campuran itu di dunia ini,” kata pengarah zoo tersebut kepada wartawan AFP sambil tersenyum lebar.

    “Tsar dianggap seperti ‘Tigons’ iaitu seekor anak harimau yang dilahirkan oleh seekor singa dan kelahiran campuran ini hanya berlaku di dalam kurungan,” kata Miloserdov kepada wartawan.

    Apa yang pasti, singa dan harimau mempunyai kehidupan yang sangat berbeza, jika dikenal pasti, singa lebih banyak ditemui di kawasan Sub Sahara Afrika dengan situasi kehangatan yang bersesuaian dengannya dan harimau pula berhabitat di kawasan hutan di benua Asia.

    “Buat ketika ini, Tsar hanya sebesar seekor kucing di rumah dan sering tidur di dalam tangan saya,” kata Milosedev lagi.

    “Apabila Tsar membesar nanti, ia akan menjadi lebih berat berbanding dengan keadaan ibunya,” ramal Milosedev lagi.

    Anak singa ini boleh mencapai berat sehingga 400 kilogram berbanding dengan berat maksimum seekor harimau iaitu 300 kilogram manakala, 250 kilogram bagi seekor singa.

    “Tsar berkemungkinan besar akan dikenali sebagai seekor haiwan yang gagah dan perkasa sebagaimana saudara sejenisnya yang dinamakan sebagai Hercules yang tinggal di sebuah taman hidupan liar di Amerika Syarikat dan terkenal sebagai seekor kucing hidup yang terbesar di dunia iaitu 418 kilogram dan 3.33 meter panjang,” menurut perwakilan Guinness Book of World Records. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda