Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Tsitsipas bergelut dengan kecederaan siku

    SYDNEY, 2 JAN – Stefanos Tsitsipas menarik diri daripada perlawanan 10 terbaiknya dengan pemain Poland, Hubert Hurkacz pada Piala ATP kelmarin kerana masalah siku, tetapi kemudian pergi ke gelanggang untuk perlawanan beregu, berkata beliau menerimanya sebagai ‘perlawanan demi perlawanan’.

    Pemain nombor empat dunia dari Greece itu sepatutnya berdepan dengan pemain nombor sembilan dunia dalam perlawanan pembukaan musimnya selepas rakan senegaranya, Michail Pervolarakis tewas 6-1, 6-4 kepada pemain Poland, Kamil Majchrzak dalam acara 16 negara di Sydney.

    Tetapi sebaliknya, Aristotelis Thanos bermain dengan Tsitsipas menonton dari bangku simpanan pasukan.

    Pemain berusia 23 tahun itu telah mendapatkan pembedahan siku akhir bulan November selepas menarik diri daripada pusingan akhir ATP di Turin.

    Thanos, di kedudukan 1,076, tidak berpeluang menentang Hurkacz, yang berlumba melepasinya dengan 6-1, 6-2 bagi menyerikan untuk Poland.

    Tetapi Tsitsipas kemudian muncul untuk beregu bersama Pervolarakis, tidak menunjukkan tanda-tanda masalah yang jelas apabila mereka menang 6-4, 5-7, 10-8.

    “Pemulihan daripada pembedahan siku saya pada November semakin membaik untuk Melbourne dan hari ini merupakan langkah berjaga-jaga untuk memastikan saya berjaya ke Melbourne,” kata Tsitsipas, merujuk kepada Terbuka Australia yang bermula pada 17 Januari nanti.

    “Kami akan lihat dari hari ke hari, sehingga perlawanan demi perlawanan.”

    Tambahnya, “Saya berdoa untuk dapat pergi bermain dalam perlawanan perseorangan pada keesokan hari menentang Argentina.” – AFP

    Aksi Stefenos Tsitsipas bermain dalam perlawanan beregunya dengan Michail Pervolarakis dari Greece menentang pemain Poland, Hubert Hurkacz dan Jan Zielinski semasa perlawanan mereka di kejohanan tenis Piala ATP di Sydney, pada 1 Januari 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...