Tsitsipas cuba belajar Bahasa Perancis

ATHENS, 15 APRIL – Pemain bintang tenis Greece, Stefanos Tsitsipas berkata kelmarin bahawa pandemik koronavirs telah memberinya peluang untuk mempelajari Bahasa Perancis.

Pemain rangking keenam dunia yang berusia 21 tahun itu kembali ke rumah dengan musim global telah digantungkan disebabkan oleh penularan COVID-19.

“Saya mempunyai peluang untuk tinggal di rumah sedikit lama dengan keluarga saya dan melakukan perkara yang saya tidak mempunyai masa sebelum ini,” katanya semasa dalam perbualan dalam talian dengan Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis.

“Dengan lebih khusus, ketika ini pada setiap hari saya cuba untuk mempelajari sedikit Bahasa Perancis, Ia sesuatu yang saya ingin lakukan tetapi saya tidak mempunyai masa untuknya dan sekarang ini adalah peluang,” jelas Tsitsipas. – AFP