MONTE CARLO, MONACO, 17 APRIL – Juara bertahan Stefanos Tsitsipas menewaskan Alexander Zverev kelmarin untuk menempah tempat ke perlawanan akhir Monte Carlo Masters menentang Alejandro Davidovich Fokina, saingan yang telah menewaskan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic.
Pemain nombor lima dunia Greece, Tsitsipas menewaskan pemain ranking ketiga, Zverev 6-4, 6-2 tanpa memberikan kesan langsung terhadap kemenangan maraton suku akhir ke atas Diego Schwartzman yang berakhir pada 11 malam Jumaat lalu.
“Sukar untuk disambung semula selepas perlawanan sukar pada malam tadi,” kata pemain berusia 23 tahun, Tsitsipas.
“Keadaan badan saya tidak berada di tahap 100 peratus tetapi saya sangat gembira dengan prestasi permainan yang saya pamerkan.
“Saya tidak tahu sama ada perlawanan panjang itu memberi saya sedikit rentak, tetapi saya dapat bermain tenis dengan baik hari ini. Saya gembira dengan tahap yang saya dapat laksanakan dan menghasilkan beberapa idea yang baik di gelanggang.”
Dia kelihatan lebih cergas daripada juara Olimpik, Zverev yang turut menewaskan Jannik Sinner pada suku akhir yang berlangsung selama tiga jam dan tujuh minit pada Jumaat lalu.
Tsitsipas meneruskan perlawanan pembukaan kesembilan sebelum bergelut dalam empat perlawanan berturut-turut dalam set kedua. Perlawanan tersebut berakhir dalam masa 75 minit. – AFP