Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Tsitsipas pertahankan kejuaraan Monte Carlo

    MONTE CARLO, MONACO, 18 APRIL – Stefanos Tsitsipas berkata bahawa dia menyasarkan untuk menamatkan musim ini dalam kelompok dua teratas dunia selepas berjaya mempertahankan kejuaraan Masters Monte Carlo dengan kemenangan daripada perlawanan yang sengit ke atas pemain Sepanyol, Alejandro Davidovich Fokina dalam pertandingan yang berlangsung kelmarin.

    Pemain pilihan ketiga, Tsitsipas menewaskan 21 pemenang dan hanya melakukan 11 kesilapan untuk meraih kemenangan dengan keputusan 6-3, 7-6 (7/3) dalam masa sejam dan 36 minit.

    Ia adalah gelaran ATP kelapan bagi pemain Greece berusia 23 tahun tersebut dan pertama dalam tempoh 11 bulan ketika dia mencatat permulaan yang sempurna untuk musim gelanggang tanah liat tersebut.

    “Saya pasti boleh mengharungi musim yang hebat dan mungkin menamatkannya di dua tempat teratas,” kata pemain nombor lima dunia berkenaan, yang kemenangannya di Monaco merupakan kejayaan keempatnya di gelanggang tanah liat.

    “Tahun ini saya benar-benar mahu memperoleh keputusan yang baik di gelanggang rumput dan keras kerana saya pasti saya boleh memperoleh mata ATP yang besar di sana.

    “Jika saya berjaya memenangi perlawanan di sana dengan konsisten, saya berfikir saya mempunyai peluang yang besar untuk menamatkan tahun ini di tangga dua teratas. Ia adalah salah satu matlamat utama saya,” tambahnya.

    Novak Djokovic, Daniil Medvedev, Alexander Zverev dan Rafael Nadal kini berada di depan Tsitsipas dalam ranking ATP.

    Tsitsipas menjadi pemain keenam memenangi Masters Monte Carlo berturut-turut dalam era kejohanan Terbuka, meniru Nadal, Juan Carlos Ferrero, Thomas Muster, Bjorn Borg dan Ilie Nastase.

    Dia sedang bersiap sedia untuk menjulang satu lagi kejuaraan Terbuka Perancis selepas tewas pada tahun lalu di Roland Garros kepada Djokovic walaupun mendahului perlawanan sebanyak dua set. – AFP

    Reaksi Stefanos Tsitsipas dengan trofinya selepas memenangi kejohanan Masters Monte Carlo ATP di Monaco. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...