TORONTO, Kanada, 10 Ogos – Stefanos Tsitsipas menewaskan pilihan kedua pada Kejohanan Toronto Masters, dengan mengejutkan juara Wimbledon, Novak Djokovic 6-3, 6-7 (5/7) untuk mara ke suku akhir kejohanan, semalam.
Remaja Greek yang bakal menyambut usianya yang ke-20 tahun hujung minggu ini, meneruskan rentak kemenangannya ketika menewaskan pilihan ketujuh Dominic Thiem, sebelum mengalahkan juara empat kali Djokovic pada pertemuan pertama antara kedua-dua pemain berkenaan.
“Ia adalah perlawanan terbaik karier saya. Saya tahu saya bermain dengan baik hari ini,” kata Tsitsipas.
“Kalah pada set kedua, sukar untuk menanganinya, saya mempunyai peluang namun tidak menggunakannya.

“Namun, saya kekal bertenang, saya cuba lakukan banyak perkara yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Ia akhirnya memberi kemenangan kepada saya,” katanya.
Tsitsipas, di ranking ke-27, menghabiskan masa dua jam untuk mara ke suku final Masters 1000 dalam kariernya.
Pemain berusia 19 tahun itu mendesak bekas pemain nombor satu dunia untuk berundur pada set pertama namun gagal untuk mengakhiri kemenangan set berturut-turut ketika juara Grand Slam 13 kali itu memperoleh tiebreak bersama pemain Greek melepaskan bola untuk mendapatkan dua mata set. Pada set ketiga, pemain muda itu kekal bertenang untuk memecahkan pendahuluan 2-0 dan menyelamatkan satu mata break dengan margin 3-0.
Dia mengakhiri pertemuan bersama juara berturut-turut itu untuk menghantar Djokovic, penyandang 30 gelaran Masters tersingkir pada perlawanan pusingan pertama. – AFP