Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Tsonga bakal bersara dari dunia tenis

    PARIS, 7 APRIL – Jo Wilfried Tsonga, bekas naib juara Terbuka Australia dan pemain nombor lima dunia, berkata kelmarin bahawa dia akan bersara daripada tenis selepas Terbuka Perancis pada tahun ini.

    “Beberapa minggu yang lalu, saya memutuskan akan berhenti di Roland Garros pada tahun ini,” kata Tsonga, pemain berusia 36 tahun itu menerusi klip video yang disiarkan ke media sosial.

    “Saya mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan ini,” tambah pemain Perancis itu. “Tubuh saya memberitahu saya bahawa ‘tubuh awda tidak boleh pergi lebih jauh daripada apa yang saya berikan kepada awda’.”

    Tsonga, bukan pemain pilihan, telah tewas pada final Terbuka Australia 2008 kepada Novak Djokovic ketika pemain Serbia tersebut merangkul gelaran pertama daripada 20 gelaran Grand Slamnya. Dia berjaya mara ke separuh akhir dua kali di Terbuka Perancis dan Wimbledon serta meraih tempat sebagai naib juara kepada Roger Federer semasa perlawanan akhir ATP pada 2011.

    Tsonga memperoleh perak Olimpik dalam beregu lelaki bersama Michael Llodra di London 2012 dan merupakan sebahagian daripada kejayaan Piala Davis Perancis pada 2017.

    Dia juga telah memenangi dua gelaran utama Masters di Paris pada tahun 2008 dan di Toronto pada tahun 2014.

    Namun, perjuangannya dengan beberapa kecederaan berbeza dalam beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan rankingnya merosot kepada kedudukan ke-220.

    Dia hanya memenangi satu perlawanan di peringkat jelajah musim lalu sebelum menamatkannya lebih awal berikutan kekalahan pusingan pertama di Wimbledon. – AFP

    Jo Wilfried Tsonga mengumumkan bahawa dia akan bersara daripada sukan tenis selepas Terbuka Perancis yang akan berlangsung pada tahun ini. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...