Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Tsunoda akan kekal bersama Alphatauri

    TOKYO, 22 SEPT – Pasukan Formula Satu Itali mengumumkan pada Khamis, Yuki Tsunoda akan kekal bersama AlphaTauri musim depan, dengan bosnya berkata pemandu Jepun itu “layak mendapat tempat” dalam sukan itu.

    Tsunoda, berada di musim kedua bersama AlphaTauri selepas membuat penampilan sulung F1 tahun lalu dan kini berada di tangga ke-16 dalam kedudukan pemandu.

    Dia menduduki tempat keempat pada Grand Prix Abu Dhabi yang berakhir musim tahun lalu untuk pencapaian terbaiknya.

    Tsunoda, yang berpindah ke AlphaTauri di Faenza tahun lepas dan berlumba bersama Pierre Gasly, berkata “saya gembira kerana saya dapat meneruskan perlumbaan”.

    “Sudah tentu musim 2022 kami belum berakhir dan kami masih berusaha keras dalam perlumbaan,” kata Tsunoda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan.

    “Saya memberi tumpuan sepenuhnya untuk menamatkan pada kedudukan tertinggi dan kemudian kami akan menantikan tahun depan.”

    Ketua pasukan AlphaTauri, Franz Tost menyifatkan Tsunoda sebagai “pemandu berbakat” yang telah “banyak peningkatan musim ini”.

    “Kepantasan yang ditunjukkannya baru-baru ini adalah bukti jelas keluk pembelajaran yang curam, yang membuktikan dia layak mendapat tempat di F1, dan saya masih menjangkakan beberapa keputusan kukuh daripadanya dalam enam perlumbaan terakhir 2022,” kata pemandu Austria itu.

    Tsunoda akan berlumba di Grand Prix Jepun, tanahairnya buat kali pertama bulan depan. Perlumbaan itu dibatalkan tahun lepas dan pada 2020 kerana wabak coronavirus. – AFP

    Aksi Yuki Tsunoda memandu keretanya semasa latihan bebas di litar lumba Monza, di Monza, Itali, 10 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...