TOKYO, 21 DIS – Yuki Tsunoda berkata dia berasa yakin dengan gaya pemanduan agresifnya akan membuat peminat Jepun teruja apabila dia membuat penampilan sulung di Formula Satu (F1) untuk pasukan AlphaTauri musim hadapan.
Pemandu berusia 20 tahun akan menjadi pemandu pertama dari Jepun untuk bersaing di F1 sejak Kamui Kobayashi pada 2014 apabila dia bakal menggantikan pemandu Daniil Kvyat.
Tsunoda dinamakan oleh FIA sebagai pemandu baharu terbaik tahunan selepas berakhir di kedudukan ketiga dalam musim sulungnya dengan pasukan Britain, Carlin di Kejohanan Formula 2 dan dia membuat impak yang serupa pada tahun hadapan. – AFP






























