Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Tuah menjadi milik Dayang Rozafiah Metamit dan Awang Ahmad Fadilah Mustapah selepas berjaya membawa pulang hadiah menarik berupa baucar penginapan selama dua hari di Bilik Deluxe Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong bagi cabutan bertuah Promosi Sungkai Ramadan Restoran Coffee House.
Sementara itu, empat lagi pemenang berada di tempat kedua dan ketiga iaitu Dayang Nurul Fazidah binti Haji Roseli dan Awang Saiful, manakala Dayang Safiqah dan Haji Syahmi masing-masing membawa pulang hadiah berupa baucar bufet makan malam dan minum petang.
Cabutan bertuah tersebut telah dibuat oleh para pelanggan semasa berbuka puasa di restoran tersebut dan para pemenang akan dihubungi kemudian.

Cabutan bertuah akan diteruskan lagi minggu depan hingga hujung bulan Ramadan, yang mana seorang daripada antara mereka akan memenangi hadiah berupa tiket umrah untuk dua orang.
Sepanjang bulan Ramadan ini juga, restoran itu tidak ketinggalan menawarkan promosi berbuka puasa dengan menyediakan pelbagai jenis hidangan dalam bufet Ramadan Kareem dan dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan daripada kumpulan tausyeh Brunei.
Setiap pembayaran daripada bufet berkenaan, para pelanggan akan secara automatik menyertai cabutan mingguan Rizqun Coffee House.