Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Tuah jadi pembantu Raffi Ahmad

    Pelakon Raffi Ahmad yang terkenal dengan gelaran Sultan di Indonesia sememangnya tergolong dalam kategori selebriti terkaya di negara itu.

    Salah seorang pembantu mereka iaitu Lala sering menerima pelbagai hadiah mewah termasuk dibawa bercuti ke luar negara.

    Kekayaan yang dikumpul bersama Nagita Slavina itu bukan sahaja disimpan untuk diri sendiri tetapi pasangan itu sering berkongsi dengan golongan memerlukan.

    Tidak hanya itu, Raffi juga cukup bersikap pemurah terhadap para pekerjanya dengan sering memberikan barangan mewah kepada mereka. Pembantunya bernama Sensen pula pernah menerima hadiah berupa sebuah kereta Honda Brio.

    Paling istimewa, pembantunya yang paling lama berkhidmat, Merry mendapat hadiah paling diidam-idamkan iaitu sebuah rumah bagi menghargai semua usaha mereka. – Agensi

    Raffi Ahmad merupakan antara selebriti terkaya di Indonesia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...