Friday, March 24, 2023
28 C
Brunei

-

Tuai sambil nikmati keindahan mawar Isparta

ISPARTA, TURKI – Petani Turki Neriman Kollu telah menuai bunga mawar selama hampir 60 tahun di Isparta, wilayah selatan yang dikenali sebagai ‘land of roses’ semasa acara tahunan yang mengalu-alukan tetamu dari seluruh dunia.

“Saya telah menuai bunga mawar sejak saya masih berusia lima tahun, di bawah hujan atau matahari dan di dalam lumpur. Pada masa lalu, guni mawar lebih tebal, dan kami biasa tidur di atasnya,” kata Kollu,64, memberitahu Xinhua di taman mawarnya.

“Apabila musim menuai, kami bangun awal dan mula menuai seawal pukul 4 pagi dan bekerja sehingga 6 atau 7 petang,” kata petani warga emas itu.

Kollu berkata walaupun haruman itu menyeronokkan, namun kerja memetik itu amat menyusahkan kerana boleh mengakibatkan tangan terluka oleh durinya.

Seorang lagi pemetik mawar, Yildirim Donmez, telah berkecimpung dalam perniagaan selama kira-kira 20 tahun.

Seorang petani memetik bunga mawar di taman mawar di Isparta, wilayah selatan Turki. – Xinhua
Gambar menunjukkan kilang memproses produk berasaskan bunga mawar di Isparta. – Xinhua
Di Isparta, musim menuai jatuh antara Mei dan akhir bulan Jun. Bunga mawar pada bulan Jun membawa wilayah itu ke puncak musim menuai dan menyelubungi bandar dengan aroma manis. – Xinhua
Salah seorang pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar di ladang bunga mawar. – Xinhua
Antara produk yang berasaskan bunga mawar. – Xinhua

“Ini adalah kerja yang sukar,” kata Donmez sambil menambah semasa musim menuai, mengumpulkan 70kg mawar sehari boleh memperoleh kira-kira 280 lira (AS$16.5).

Di Isparta, musim menuai jatuh antara Mei dan akhir bulan Jun. Bunga mawar pada bulan Jun membawa wilayah itu ke puncak musim menuai dan menyelubungi bandar dengan aroma manis, juga hab perdagangan tunas yang baharu dikumpulkan dan rumah kepada beberapa minyak wangi terbaik dunia.

Menurut jabatan pelancongan tempatan, wilayah itu meliputi kira-kira 60 peratus daripada pengeluaran minyak mawar dunia, dengan semua jenis produk berasaskan mawar dieksport ke seluruh dunia. Bunga itu merupakan sumber pendapatan utama untuk beribu-ribu keluarga di rantau ini bersama-sama dengan jumlah lavender yang lebih kecil.

Minyak mawar, dikatakan mempunyai kesan anti-penuaan, telah menyaksikan peningkatan permintaan daripada jenama mewah antarabangsa, khususnya di Perancis, dan pasaran utama seperti China.

Pihak berkuasa tempatan dan wakil industri berkata mereka sedang mengkaji untuk melabur dalam pasaran China di mana pengguna telah menunjukkan minat.

“Pasaran China paling menarik kerana terdapat banyak permintaan. Air mawar juga mempunyai tempat dalam budaya Cina dan orang ramai menyedari kesan semula jadinya. Kami akan secara progresif mencapai pasaran China,” kata Alpaslan Yildizhan, pengarah komersil kosmetik jenama Rosense.

Beliau menjelaskan varieti bunga mawar yang ditanam sejak akhir abad ke-19 di Isparta ialah Mawar Damascene, yang merupakan satu-satunya spesies yang digunakan untuk menghasilkan minyak mawar, dan ‘tanda dagang’ yang mapan di wilayah itu.

Bunga merah jambu ini mempunyai bau yang kuat dan juga digunakan dalam perubatan selain kosmetik.

Untuk beberapa lama, Isparta telah mempertaruhkan pelancongan mawar, menarik pengunjung dalam dan luar negara semasa musim menuai dan Pesta Mawar yang mendahuluinya.

Pelancong akan dibawa ke ladang untuk mencuba menuai sendiri dan kemudian meneroka bagaimana mawar itu diproses, malah membawa pulang minyak mawar dan air yang mereka sendiri buat, jelas Fahretdin Gozgun, naib datuk bandar Isparta kepada Xinhua.

“Kami giat aktif dalam proses untuk membangunkan aspek pelancongan industri mawar di bandar kami. Dalam beberapa tahun lalu, banyak kumpulan pelancong dari Timur Jauh telah datang ke sini,” kata Gozgun.

Tambahnya, wilayahnya telah membuat kempen publisiti yang berjaya di China. “Pandemik (COVID) telah menjejaskan pelawat dari China ke Isparta. Tetapi sekarang setelah wabak itu akan berakhir, kami menjangkakan kembalinya pelancong China,” jelasnya.

Walaupun teknik penuaian bunga dan perahan minyak telah maju seiiring teknologi, penuaian mawar Isparta tidak banyak berubah sejak abad ke-19.

Terdapat kira-kira 30 kilang dan kilang penyulingan tersebar di seluruh bandar dan kebanyakan hasil mereka dihantar ke negara asing untuk digunakan dalam kosmetik. Tetapi terdapat juga beberapa jenis kelopak mawar aromatik dan air yang boleh dimakan untuk penggemar makanan membuat jem dan hidangan Turki, lokoum.

“Di Isparta, ekonomi berpusat pada bunga mawar kerana hampir setiap isi rumah terlibat,” kata ahli perniagaan tempatan Yildizhan. – Xinhua

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -