Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Tuan Tuan mati di Taipei

    TAIPEI, TAIWAN, 20 NOV – Tuan Tuan, salah seekor daripada dua panda gergasi yang dihadiahkan kepada Taiwan oleh China, mati kelmarin selepas jatuh sakit, menurut Zoo Taipei.

    Tiada punca kematian dinyatakan namun laporan awal mengatakan panda itu dipercayai mengalami tumor otak, mendorong China menghantar sepasukan pakar ke Taiwan awal bulan ini untuk membantu rawatannya.

    Tuan Tuan tidak memberi respons dan selepas mengalami sawan dan dikomakan, menurut laporan berita Taiwan.

    Tuan Tuan dan pasangannya, Yuan Yuan, telah dihadiahkan ke zoo itu pada tahun 2008 semasa hubungan hangat antara China dan Taiwan, yang kemudian berpisah di tengah-tengah perang saudara pada tahun 1949.

    Kedua-dua panda itu dilahirkan di China pada tahun 2004 dan mempunyai sepasang anak di Taiwan.

    Purata jangka hayat panda di alam liar ialah 15-20 tahun, manakala ia boleh hidup selama 30 tahun atau lebih di bawah jagaan manusia. – AP

    Pekerja ketika memeriksa Tuan Tuan di Zoo Taipei pada 19 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...