Tubuh Madonna ada antibodi?

Ikon pop terkenal, Madonna (gambar bawah) mencetuskan kontroversi apabila mendakwa tubuhnya memiliki antibodi yang mampu melawan virus COVID-19.

Mendakwa mendapat laporan daripada ujian diambil berhubung kewujudan antibodi dalam tubuh, Madonna mengumumkan perkara itu menerusi klip video siri Quarantine Day di Instagram.

“Esok saya akan memulakan pemanduan jauh. Saya akan turunkan tingkap kereta sambil bernafas dan menghirup udara COVID-19. Saya harap matahari akan bersinar,” katanya.

Video kira-kira dua minit memaparkan penyanyi 61 tahun ini menaip apa yang bermain dalam fikirannya, ketika itu.

Kenyataan Madonna atau nama sebenar, Madonna Louise Ciccone, pantas menimbulkan persoalan warganet apakah dia pernah dijangkiti COVID-19. Namun, ada yang mentafsirkan kata-kata penyanyi Like A Prayer itu sebagai kiasan dalam menilai orang lain. – Agensi