
TUNIS, 1 April – Edisi ke-30 sidang kemuncak Liga Arab yang berakhir semalam, menggesa penubuhan negara Palestin dan mengulang sokongan kuatnya terhadap penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin, lapor agensi berita China, Xinhua.
“Adalah sesuatu yang tidak dapat diterima untuk meneruskan situasi ketika ini yang menjadikan dunia Arab kepada rantau yang penuh dengan ketegangan dan konflik yang mengancam keselamatan, kestabilan dan pembangunan negara-negara kita,” kata Menteri Luar Tunisia, Khemaies Jhinaoui ketika menggariskan pernyataan akhir sidang kemuncak itu.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)





























