SINGAPURA, 19 APRIL – Satu pasukan petugas sudah ditubuh dan digerakkan bagi mencari penyelesaian kesesakan yang sering berlaku di Tambak Johor, terutamanya ketika hujung minggu, menjelang projek Rapid Transit System (RTS) Singapura-Johor Bahru link dijangka siap pada 2026.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Isnin menerusi laman rasmi Facebooknya selepas melawat tapak projek RTS Woodlands North Terminus.
Turut mengiringi beliau dalam lawatan itu Menteri Pengang-kutan Singapura S Iswaran.
Beliau berkata penubuhan pasukan petugas itu adalah bagi penyelesaian jangka pendek. – Bernama