Tuchel julang Lukaku sebagai ‘berkelas dunia’

LONDON, 15 SEPT – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel berkata jaringan penting Romelu Lukaku adalah yang diperlukan The Blues meskipun memenangi Liga Juara-Juara musim lalu.

Lukaku menghidupkan perlawanan menerusi gol tunggal untuk menewaskan Zenit St Petersburg 1-0 awal pagi tadi untuk memulakan kempen The Blues mempertahankan gelaran juara Eropah dengan mencatat kemenangan.

Penyerang Belgium itu kini mencetak empat gol sejak kembali bersama kelab dengan yuran rekod 97 juta pound bulan lalu.

Lukaku berjaya menghidu peluang pada minit ke-21 untuk memecahkan benteng lawan ketika pasukan Tuchel bermain di bawah tahap sebenar.

“Dia adalah jenis pemain yang kami cari,” kata Tuchel. “Ia adalah sangat sukar dan sangat penting. Anda jarang menemui penyerang berkualiti seperti itu.

“Pemain-pemain yang sentiasa ada untuk menjaringkan gol begitu kerap buat pasukan adalah sangat penting kerana satu gol mampu mengubah momentum perlawanan.

“Persembahan buat Lukaku tidak mudah. Kami tidak banyak mencipta peluang untuknya, akan tetapi dia tidak hilang keyakinan dan terus percaya. Oleh sebab itu dia berada di sini dan sebab itu dia adalah pen-yerang berkelas dunia.” – AFP

Reaksi Romelu Lukaku meraikan gol selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan menentang Zenit St Petersburg, awal pagi kelmarin. – AP