Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Tuchel mungkin dihukum

    LONDON, 15 OGOS – Pengurus Chelsea Thomas Tuchel mungkin menerima lebih daripada penggantungan selepas terbabit dalam pertengkaran semasa perlawanan sengit dengan Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris.

    Tuchel juga dijangka berdepan hukuman atas beberapa komen bersifat mengapi-apikan mengenai pengadil.

    Sebahagian besar perlawanan menumpu pada perang mulut di antara Tuchel dan pengurus Tottenham Antonio Conte semasa dan selepas perlawanan di Stamford Bridge semalam.

    Kedua-dua jurulatih dilayangkan kad merah selepas pergaduhan sejurus selepas wisel penamat, dan mungkin diharamkan daripada perlawanan pasukan mereka pada masa akan datang.

    Bagaimanapun, Tuchel juga menyasarkan pengadil Anthony Taylor pada sidang media selepas perlawanan, berkata ‘mungkin keadaan adalah lebih baik’ sekiranya Taylor tidak lagi mengadili perlawanan yang membabitkan Chelsea.

    Persatuan Bola Sepak akan menyiasat komen berkenaan dan Tuchel malah membangkitkan kemungkinan ‘dihukum’ kerana mengkritik Taylor.

    Tuchel berasa tidak puas hati faul yang dilakukan oleh pemain Tottenham Rodrigo Bentancur ke atas pemain Chelsea Kai Harvetz terlepas pandang oleh pegawai sebelum gol penyamaan Tottenham. Dia juga terkejut pemain pertahanan Tottenham Cristian Romero tidak diberikan penalti kerana menarik rambut pemain Chelsea Marc Cucurella sebelum gol penyamaan kedua Tottenham oleh Harry Kane dalam minit keenam masa rehat.

    “Terdapat kesalahan yang jelas ter-hadap Kai Havertz dan keadaan diteruskan. Richarlison ofsaid dan bila boleh awda menarik rambut di padang bola?” kata Tuchel.

    “Kami lapar, ia adalah persembahan terbaik. Saya minta maaf kepada semua pemain saya kerana kami tidak mendapat keputusan yang sepatutnya.” Tuchel menyifatkannya sebagai ‘situasi salah tafsir yang amat besar.’ – AP

    Thomas Tuchel kelihatan bertengkar dengan Antonio Conte semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Tottenham di Stadium Stamford Bridge di London pada 14 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...