Tuchel: Penyingkiran PSG kejam

PARIS, 7 Mac – Jurulatih Paris Saint-Germain yang terkejut, Thomas Tuchel berkata penyingkiran pasukannya dari persaingan Liga Juara-Juara kepada Manchester United awal pagi tadi adalah ‘kejam’ tetapi enggan menyalahkan pengadil selepas sepakan penalti yang diberikan menerusi VAR telah menentukan keputusan perlawanan tersebut.

“Saya adalah penyokong besar VAR dan saya terus menjadi penyokong terbesar VAR,” kata Tuchel, yang dalam kelihatan kecewa ketika bercakap kepada media selepas kekalahan PSG 3-1 di Parc des Princes dalam perlawanan kedua pusingan 16 terakhir.

Setelah menang 2-0 pada aksi pertama bulan lalu, pasukan dari Perancis itu bergelut dalam perlawanan timbal balik itu tetapi masih dilihat mara sehingga pengadil dari Slovenia, Damir Skomina memberikan sepakan penalti minit akhir kerana bola terkena tangan Presnel Kimpembe dalam kotak penalti, selepas melihat kembali imej.

Sepakan Diogo Dalot mengenai Kimpembe, dan Marcus Rashford menyempurnakan sepakan penalti, ketika United mara menerusi jaringan gelanggang luar.

“Dari pandangan saya, saya melihat Dalot melakukan sepakan.

“Saya melihat bola dari kakinya dan bagi saya ia jelas melepasi palang,” kata Tuchel.

“Banyak perkara untuk dibincangkan sebelum membuat keputusan dan saya rasa ia adalah keputusan 50-50.

“Apa yang menjadikannya terlalu sukar adalah saya mendapati bahawa rembatan itu tidak tepat dan dengan memberikan sepakan penalti, adalah tidak masuk akal.” – AFP