Tuchel pilihan PSG

BERLIN, 15 Mei – Thomas Tuchel tiba di Paris Saint-Germain bersama-sama satu reputasi sebagai pakar taktik yang cemerlang, sekalipun bersama pasukan yang sukar.

Tuchel telah menganggur sejak Borussia Dortmund menyingkirkannya Mei lalu, beberapa hari selepas pasukan itu menjuarai final Piala Jerman.

Jurulatih, 44 tahun itu telah dipecat oleh CEO Hans-Joachim Watzke, setelah skuadnya tewas dan kehilangan sokongan ke atasnya.

Dia secara umumnya tidak bersetuju terhadap Watzke mengenai kemungkinan sama ada pasukan itu harus beraksi dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-juara sehari selepas serangan bom yang menyasarkan bas milik pasukan itu.

Para pemainnya turut berpaling ke arahnya selepas Tuchel meninggalkan pemain tengah Nuri Sahin bagi kemenangan 2-1 ke atas Eintracht Frankfurt pada perlawanan akhir.

Thomas Tuchel ketika menjalani latihan bersama Borussia Dortmund pada 26 Mei 2017. – AFP

Sepanjang dua tahun mengendalikan Dortmund, Tuchel hanya memenangi pingat perak di Jerman selepas skuadnya gagal mengelak cengkaman Bayern Munich semasa aksi Bundesliga.

Dengan kemasukan itu, Tuchel boleh menjadi seorang personaliti yang mencabar.

“Ia bukan mudah untuk berhadapan sebagai seorang pemain,” katanya semasa temu bual pada 2009.

Sama seperti Pep Guardiola yang menjadi rol modelnya, Tuchel tidak bimbang untuk menukar formasi atau taktik ketika perlawanan dan menjadikannya sukar bagi jurulatih skuad lawan untuk meramalkannya.

Dia boleh menjadi seorang yang berbisa ketika sidang media sejurus perlawanan selesai dan bermain dengan soalan yang tidak menepati cita rasanya.

Kecederaan pada lututnya telah memendekkan kariernya sebagai pemain pertahanan dalam divisyen tiga Ulm pada 1998 dan Tuchel telah beralih kerjaya sebagai seorang pembimbing. – AFP