Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tuchel selar keputusan UEFA

    DORTMUND, 13 April – Jurulatih Borussia Dortmund, Thomas Tuchel menyelar keputusan untuk meneruskan perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Monaco hanya sehari selepas satu serangan pengeboman ke atas bas pasukan kelab Jerman itu.

    Jadual perlawanan ditunda selama 24 jam selepas tiga letupan yang telah menggegarkan bas pasukan Dortmund dan menyebabkan pemain antarabangsa Sepanyol, Marc Bartra mengalami kecederaan patah pergelangan tangan ketika kelab Jerman itu dalam perjalanan menuju ke stadium bagi sepak mula yang dijadual awal pagi Rabu.

    Pemain remaja sensasi, Kylian Mbappe menjaringkan dua gol ketika Monaco menang 3-2 di Signal Iduna Park keesokan harinya, tetapi Tuchel sangat berang dengan cara insiden itu ditangani oleh banda induk UEFA.

    Berikutan kekalahan itu, Tuchel mendakwa cara UEFA menguruskan isu serangan bom ke atas bas pasukan mereka seolah-olah insiden berkenaan seperti hanya dibaling dengan ‘tin minuman’.

    Tuchel juga menyatakan yang mereka hanya dimaklumkan menerusi mesej pesanan ringkas daripada UEFA yang memberitahu perlu beraksi menentang Monaco dalam perlawanan yang dijadualkan semula, sehari selepas insiden serangan bom.

    Pihak polis telah menggandakan kawalan keselamatan di bandar tersebut ketika para penyiasat Jerman telah menahan seorang suspek ekstremis berikutan pengeboman tepi jalan itu, tetapi Tuchel mengkritik keputusan untuk meneruskan perlawanan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda